Tuesday, May 5, 2015

Syarahan "Membaca Amalan Mulia"

          Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,Tuan Guru Besar,para hakim yang arif lagi bijaksana,guru-guru dan rakan-rakan sekalian.Selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan.Pada pagi yang mulia ini,saya ingin menyampaikan syarahan yang bertajuk "Membaca Amalam Mulia".
          Sikap membaca perlu dipupuk sejak kecil lagi.Melalui bacaan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan.Ini kerana kebanyakan orang yang maju dan berjaya adalah terdiri daripada mereka yang minat membaca.Justeru,tanamlah sikap suka membaca di kalangan kita semua.Sebenarnya ibu bapa memainkan peranan penting dalam mewujudkan sikap ini.Ibu bap seharusnya menjadikan amalan ini sebagai kegiatan harian mereka.Apabila anak-anak melihat ibu bapa mereka sering membaca secara tidak langsung minat mereka turut terpahat.

Hadirin yang budiman,

         Buku-buku yang baik perlu dibaca bagi meningkatkan ilmu yang terkandung di dalamnya.Buku-buku ini akan dapat membentuk peribadi yang mulia berdasarkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam bacaan tersebut.Selain itu,membaca juga dapat mengisi masa lapang tanpa menghabiskan masa dengan sesuatu yang tidak berfaedah dan sia-sia.
        Oleh itu,di sini saya ingin menyeru kepada semua.Jadikan membaca ini satu amalan seharian.Melalui bacaan dapat menambah dan memperluaskan ilmu pengetahuan yang sedia ada.Sekian dahulu syarahan saya dan saya akhiri dengan lafaz terima kasih.