Friday, October 10, 2014
Berita:Kemalangan Di Jalan Raya
Kemalangan Di Jalan Raya
Rembau,14 April - Satu kemalangan ngeri telah berlaku di Kilometer 230.8,Lebuh Raya Utara - Selatan,dekat sini,hari ini.Pemandu kereta itu,Barhan Hakimi mengalami cedera parah setelah kereta yang dinaiki bersama isterinya terlibat didalam kemalangan.
Ketua Polis Daerah Rembau,DSP Mizan Mat Dom berkata,kejadian itu berlaku kira-kira pukul 11.45 malam ketika Borhan,47,bersama isterinya Junaidah,40,yang memandu kereta waja,sedang dalam perjalanan dari Cheras menghala ke Ayer Keroh,Melaka.
''Siasatan awal mendapati kereta mangsa terbabas lalu melanggar kon,sebelum memasuki laluan bertentangan,Pada masa yang sama sebuah trele yang sedang menuju ke arah utara gagal mengelak lalu merempuh bahagian belakang kereta mangsa,''katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata,Borhan mengalami hentakan yang kuat di kepala,manakala isterinya patah kedua-dua kaki dan tangan.Selain cedera di badan serta kepala.Mereka yang beralamat di Bandar Tun Hussein onn,Cheras.Kemudian,dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar,Seremban.
Dialog:Murid Cemerlang
Dialog:Murid Cemerlang
Serina:Selamat pagi,Kayla.Tahniah atas kejayaan saudari keran terpilih sebagai murid cemerlang pada tahun ini.
Kayla:Selamat pagi.Terima kasih.
Serina:Apakah rahsia kejayaan saudari sehingga terpilih sebagai murid cemerlang?
Kayla:Saya mempunyai jadual waktu sendiri dan tidak segan bertanya jika menghadapi sebarang masalah dalam pelajaran.
Serina:Saya dapat tahu bahawa saudari juga aktif dalam kegiatan kokurikulum.Jadi,bagaimanakah saudari membahagikan masa untuk kegiatan kokurikulum dan pembelajaran?
Kayla:Dalam hal ini,saya memberi keutamaan kepada pembelajaran,Walau bagaimapun,saya tidak meminggirkan kegiatan kokurikulum.Hal ini demikian kerana kegiatan kokurikulum akan dikira jika kita ingin melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh.Selain itu,menyertai kegiatan kokurikulum banyak faedahnya.
Serina:Apakah prinsip hidup saudari?
Kayla:Saya berpegang kepada prinsip kejujuran,kerajinan,ketekunan dan dedikasi.
Serina:Siapakah yang menggalakkan saudari untuk belajar sehingga dipilih sebagai murid cemerlang?
Kayla:Saya mendapak galakkan dan dorongan daripada kedua-dua ibu bapa,guru-guru serta rakan-rakan saya.Merekalah yang menguatkan semangat saya untuk belajar.
Serina:Saya amat kagum dengan kejayaan saudari.Saya berharap agar rakan_rakan dan adik-adik menjadikan saudari sebagai contoh dalam mencapai kejayaan yang cemerlang seperti saudari.Akhir kata,say ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada saudari kerana sudi diwawancara.
Kayla:Sama-sama
Surat Kiriman Tidak Rasmi:Jemputan Ke Majlis Perkahwinan
Surat Kiriman Tidak Rasmi:
Jemputan ke Majlis Perkahwinan
Aini Qistina bt. Ekhwan,
4/15 Jalan Tiga,
Simpang Renggam,
Kampung Jawa,
87100 Johor Bahru.
5 Julai 2008.
Kehadapan saudari Amelia di Singapura,semoga saudari seisi sekeluarga sihat-sihat belaka.
Saudari,
Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana lambat membalas surat saudari.Surat saudari telah saya terima empat minggu yang lalu.Malangnya saya tidak dapat membalas surat saudari kerana mengalami demam campak.
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menjemput saudari dan keluargamu ke majlis perkahwinan kak saya.Majlis perkahwinan ini akan diadakan pada 21 Disember 2008.Kakak saya akan bersanding di pekarangan rumah saya.
Saudari tidak perlu risau tentang pengangkutan ke rumah saya.Saudari boleh menaiki kereta api dari Singapura.Saya akan menjemput saudari sekeluarga di Stesen Kereta Api Johor Bahru.
Saya berharap agar saudari dan keluarga dapat datang lebih awal untuk menikmati kecantikan dan kesegaran alam semulajadi di kampung saya.Saudari juga dapat mengunjungi dusun nenek saya dan menikmati buah rambutan yang ranum serta bermandi-manda di air terjun yang berhampiran dengan dusun itu.
Saya amat berharap agar saudari dapat mengunjungi kampung saya.Kehadiran saudari dan keluarga pasti dapat memeriahkan lagi majlis perkahwinan kakak saya.
Sekian sahaja untuk kali ini.Semoga saudari dapat memebalas surat saya secepat mungkin untuk memaklumkan keputusan saudari.Sampaikan salam mesra saya buat keluarga saudari
Sekian,terima kasih
Subscribe to:
Posts (Atom)