Tuesday, May 5, 2015

Syarahan "Membaca Amalan Mulia"

          Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,Tuan Guru Besar,para hakim yang arif lagi bijaksana,guru-guru dan rakan-rakan sekalian.Selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan.Pada pagi yang mulia ini,saya ingin menyampaikan syarahan yang bertajuk "Membaca Amalam Mulia".
          Sikap membaca perlu dipupuk sejak kecil lagi.Melalui bacaan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan.Ini kerana kebanyakan orang yang maju dan berjaya adalah terdiri daripada mereka yang minat membaca.Justeru,tanamlah sikap suka membaca di kalangan kita semua.Sebenarnya ibu bapa memainkan peranan penting dalam mewujudkan sikap ini.Ibu bap seharusnya menjadikan amalan ini sebagai kegiatan harian mereka.Apabila anak-anak melihat ibu bapa mereka sering membaca secara tidak langsung minat mereka turut terpahat.

Hadirin yang budiman,

         Buku-buku yang baik perlu dibaca bagi meningkatkan ilmu yang terkandung di dalamnya.Buku-buku ini akan dapat membentuk peribadi yang mulia berdasarkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam bacaan tersebut.Selain itu,membaca juga dapat mengisi masa lapang tanpa menghabiskan masa dengan sesuatu yang tidak berfaedah dan sia-sia.
        Oleh itu,di sini saya ingin menyeru kepada semua.Jadikan membaca ini satu amalan seharian.Melalui bacaan dapat menambah dan memperluaskan ilmu pengetahuan yang sedia ada.Sekian dahulu syarahan saya dan saya akhiri dengan lafaz terima kasih.

Friday, October 10, 2014

Syarahan:Pemupukan Amalan Beradab Dalam Kalangan Kanak-kanak


         Assalamualaikum dan salam sejahtera.Yang saya muliakan Tuan Pengerusi Majlis,barisan panel hakim yang arif lagi adil,kehormat,guru-guru serta sidang hadirin yang dihormati sekalian.


           Sebelum ombak buih menyusur,

           Sebelum bicara langkah diatur,

           Sebelum berlabuh pantai disusur,

           Sebelum bersyarah definisi diatur.


           Sidang hadirin sekalian,

           Menurut kamus dewan,beradab membawa maksud bebudi bahasa dan bersopan.Sopan pula bermaksud hormat dengan tertib dabertatasusila,manakala santun bermaksud halus budi pekerti.kamus dewan juga mendefinisikan pupuk sebagai usaha memupuk.Kanak-kanak pula bermaksud anak kecil yang belum cukup umur.Ingin saya lengkapkan penyatuan lima perkara di atas menjadi tajuk yang berbunyi ''beradab dan bersopan santun perlu dipupuk dalam kalangan kanak-kanak''.

            

           Sidaran hadirin sekalian,

           Beradab dan bersopan-santun ialah amalan yang sangat mulia.Sikap ini telah diamalkan sejak turun-temurun,iaitu sejak zaman nenek moyang kita.Antara adab dan sopan santun yang diamalkan adalah seperti adab bertutur,menghormati orang tua dan adab semasa makan.


           Amalan beradab dan bersopan santun haruslah dipupuk dalam kalangan kanak-kanak supaya mereka menjadi anak muda yang disegani dan berguna kepada bangsa dan negara  suatu hari nanti.Ini adalah kerana mereka mengamalkan tatasusila yang baik,tinggi budi pekerti dan bersopan.


            Nilai-nilai ini haruslah dipupuk semenjak zaman kanak-kanak lagi agar menjadi sebati dengan cara hidup dan amalan harian.Apabila dewasa kelak,mereka pasti dapat membentuk peribadi yang baik dan hanya melakukan yang terbaik untuk diri,bangsa dan negara.


            Sidang hadirin sekalian,

            Daripada hujah-hujah saya ini,dapatlah disimpulkan bahawa kanak-knaka wajar didedahkan dengan nilai-nilai dan unsur-unsur peradaban yang tinggi sejak dari zaman kanak-knaka.Justeru itu,ibu bapalah yang bertanggungjawab memikul tanggungjawab ini dalam membentuk insan yang beradab dan bersopan santun.


            Sekian,terima kasih.

Berita:Kemalangan Di Jalan Raya

Kemalangan Di Jalan Raya

          Rembau,14 April - Satu kemalangan ngeri telah berlaku di Kilometer 230.8,Lebuh Raya Utara - Selatan,dekat sini,hari ini.Pemandu kereta itu,Barhan Hakimi mengalami cedera parah setelah kereta yang dinaiki bersama isterinya  terlibat didalam kemalangan.


          Ketua Polis Daerah Rembau,DSP Mizan Mat Dom berkata,kejadian itu berlaku kira-kira pukul 11.45 malam ketika Borhan,47,bersama isterinya Junaidah,40,yang memandu kereta waja,sedang dalam perjalanan dari  Cheras menghala ke Ayer Keroh,Melaka.


          ''Siasatan awal mendapati kereta mangsa terbabas lalu melanggar kon,sebelum memasuki laluan bertentangan,Pada masa yang sama sebuah trele yang sedang menuju ke arah utara gagal mengelak lalu merempuh bahagian belakang kereta mangsa,''katanya ketika dihubungi.


          Beliau berkata,Borhan mengalami hentakan yang kuat di kepala,manakala isterinya patah kedua-dua kaki dan tangan.Selain cedera di badan serta kepala.Mereka yang beralamat di Bandar Tun Hussein onn,Cheras.Kemudian,dimasukkan  ke Hospital Tuanku Jaafar,Seremban.


Dialog:Murid Cemerlang

Dialog:Murid Cemerlang



Serina:Selamat pagi,Kayla.Tahniah atas kejayaan saudari keran terpilih sebagai murid cemerlang pada tahun ini.

Kayla:Selamat pagi.Terima kasih.

Serina:Apakah rahsia kejayaan saudari sehingga terpilih sebagai murid       cemerlang?

Kayla:Saya mempunyai jadual waktu sendiri dan tidak segan bertanya jika menghadapi sebarang masalah dalam pelajaran.

Serina:Saya dapat tahu bahawa saudari juga aktif dalam kegiatan kokurikulum.Jadi,bagaimanakah saudari membahagikan masa untuk kegiatan kokurikulum dan pembelajaran?

Kayla:Dalam hal ini,saya memberi keutamaan kepada pembelajaran,Walau bagaimapun,saya tidak meminggirkan kegiatan kokurikulum.Hal ini demikian kerana kegiatan kokurikulum akan dikira jika kita ingin melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh.Selain itu,menyertai kegiatan kokurikulum banyak faedahnya.

Serina:Apakah prinsip hidup saudari?

Kayla:Saya berpegang kepada  prinsip kejujuran,kerajinan,ketekunan dan dedikasi.

Serina:Siapakah yang menggalakkan saudari untuk belajar sehingga dipilih sebagai murid cemerlang?

Kayla:Saya mendapak galakkan dan dorongan daripada kedua-dua ibu bapa,guru-guru serta rakan-rakan saya.Merekalah yang menguatkan semangat saya untuk belajar.

Serina:Saya amat kagum dengan kejayaan saudari.Saya berharap agar rakan_rakan dan adik-adik menjadikan saudari sebagai contoh dalam mencapai kejayaan yang cemerlang seperti saudari.Akhir kata,say ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada saudari kerana sudi diwawancara.

Kayla:Sama-sama

Surat Kiriman Tidak Rasmi:Jemputan Ke Majlis Perkahwinan

Surat Kiriman Tidak Rasmi:

Jemputan ke Majlis Perkahwinan


                                                    Aini Qistina bt. Ekhwan,

                                                                                      4/15 Jalan Tiga,

                                                                                  Simpang Renggam,

                                                                                     Kampung Jawa,

                                                                                    87100 Johor Bahru.

                                                                                      5 Julai 2008.


         Kehadapan saudari Amelia di Singapura,semoga saudari seisi sekeluarga sihat-sihat belaka.

         Saudari,

           Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana lambat membalas surat saudari.Surat saudari telah saya terima empat minggu yang lalu.Malangnya saya tidak dapat membalas surat saudari kerana mengalami demam campak.

               Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menjemput saudari dan keluargamu ke majlis perkahwinan kak saya.Majlis perkahwinan ini akan diadakan pada 21 Disember 2008.Kakak saya akan bersanding di pekarangan rumah saya.

              Saudari tidak perlu risau tentang pengangkutan ke rumah saya.Saudari boleh menaiki kereta api dari Singapura.Saya akan menjemput saudari sekeluarga di Stesen Kereta Api Johor Bahru.

              Saya berharap agar saudari dan keluarga dapat datang lebih awal untuk menikmati kecantikan dan kesegaran alam semulajadi di kampung saya.Saudari juga dapat mengunjungi dusun nenek saya dan menikmati buah rambutan yang ranum serta bermandi-manda di air terjun yang berhampiran dengan dusun itu.

                Saya amat berharap agar saudari dapat mengunjungi kampung saya.Kehadiran saudari dan keluarga pasti dapat memeriahkan lagi majlis perkahwinan kakak saya.

                    Sekian sahaja untuk kali ini.Semoga saudari dapat memebalas surat saya secepat mungkin untuk memaklumkan keputusan saudari.Sampaikan salam mesra saya buat keluarga saudari

                       Sekian,terima kasih