Friday, October 10, 2014

Syarahan:Pemupukan Amalan Beradab Dalam Kalangan Kanak-kanak


         Assalamualaikum dan salam sejahtera.Yang saya muliakan Tuan Pengerusi Majlis,barisan panel hakim yang arif lagi adil,kehormat,guru-guru serta sidang hadirin yang dihormati sekalian.


           Sebelum ombak buih menyusur,

           Sebelum bicara langkah diatur,

           Sebelum berlabuh pantai disusur,

           Sebelum bersyarah definisi diatur.


           Sidang hadirin sekalian,

           Menurut kamus dewan,beradab membawa maksud bebudi bahasa dan bersopan.Sopan pula bermaksud hormat dengan tertib dabertatasusila,manakala santun bermaksud halus budi pekerti.kamus dewan juga mendefinisikan pupuk sebagai usaha memupuk.Kanak-kanak pula bermaksud anak kecil yang belum cukup umur.Ingin saya lengkapkan penyatuan lima perkara di atas menjadi tajuk yang berbunyi ''beradab dan bersopan santun perlu dipupuk dalam kalangan kanak-kanak''.

            

           Sidaran hadirin sekalian,

           Beradab dan bersopan-santun ialah amalan yang sangat mulia.Sikap ini telah diamalkan sejak turun-temurun,iaitu sejak zaman nenek moyang kita.Antara adab dan sopan santun yang diamalkan adalah seperti adab bertutur,menghormati orang tua dan adab semasa makan.


           Amalan beradab dan bersopan santun haruslah dipupuk dalam kalangan kanak-kanak supaya mereka menjadi anak muda yang disegani dan berguna kepada bangsa dan negara  suatu hari nanti.Ini adalah kerana mereka mengamalkan tatasusila yang baik,tinggi budi pekerti dan bersopan.


            Nilai-nilai ini haruslah dipupuk semenjak zaman kanak-kanak lagi agar menjadi sebati dengan cara hidup dan amalan harian.Apabila dewasa kelak,mereka pasti dapat membentuk peribadi yang baik dan hanya melakukan yang terbaik untuk diri,bangsa dan negara.


            Sidang hadirin sekalian,

            Daripada hujah-hujah saya ini,dapatlah disimpulkan bahawa kanak-knaka wajar didedahkan dengan nilai-nilai dan unsur-unsur peradaban yang tinggi sejak dari zaman kanak-knaka.Justeru itu,ibu bapalah yang bertanggungjawab memikul tanggungjawab ini dalam membentuk insan yang beradab dan bersopan santun.


            Sekian,terima kasih.

No comments:

Post a Comment